Saturday, April 16, 2011



Umat islam bukanlah yang hanya tahu rukuk dan sujud sahaja,
tapi mereka mengugguli penerokaan ilmu sains dan teknologi,
umat islam bukan sahaja mampu memberi tazkirah, bahkan mampu menulis formula,
umat Islam bukan sahaja mampu membaca Al-Quran tapi mindanya juga cerdas ketika melihat formula dan rumus dihadapan mata..
YE itulah islam, haiya ala solah, haiya ala falah..
Umat islam menyahut panggilan cinta Allah yang meningatkan solat dan kejayaan seiring bersama..
wahai muslimim muslimat, selamat menempuh final exam, berusahalah sekuatnya, jadikan penamu itu sebagai pedang dan tasbih dihadapan Allah, s
emoga tiap mata yang memandang dan menulis tiap patah perkataan itulah butiran tasbih di hadapan Allah, kertasmu umpama sejadahmu, kau mungkin penat berusaha, tapi jangan pernah berhenti..
Belajar kerana Allah kerana sebagai muslimin dan muslimat sejati malulah dirimu jika kau tidak berusaha bahkan meniru dalam peperiksaan, sedangkan kau bersyahadah dalam solatmu "tiada tuhan selain Allah" tegakkan kalimah tauhid, ehsanlah dalam tindak tandukmu sehinggakan kau rasa malu untuk meniru kerana untuk apa itu semua jika Allah tujuanmu dan ingat Allah tidak pandang keputusanmu, tapi Dia melihat keikhlasan dan kesungguhan orang yang telah berusaha, itulah catitan amalmu, bukan ketika kau melihat sahabatmu dikiri kananmu atau bertanyakan sahabat depan belakangmu.. Umat islam bangkitlah berusaha serta tuntutlah kejayaan itu di akhirat nanti.. ALLAHUAKHBAR!!!! ALLAHUAKHBAR!!!! ALLAHUAKHBAR!!!!

-Adapted-

No comments: