Thursday, November 18, 2010


KETAGIHAN merokok ibarat membunuh diri secara perlahan-lahan.


BERHENTILAH merokok. Simpan duit itu untuk buat kebaikan,” pesan Mohammad Ameen, 30, bekas perokok tegar yang mula merokok sejak belasan tahun lagi itu.

Lelaki yang berasal dari England Utara itu pernah membelanjakan sehingga RM30 sehari untuk menampung kos ketagihannya itu.

Namun, pada bulan Ramadan 2008, beliau memutuskan untuk berhenti sepenuhnya menghisap 25 batang rokok sehari yang selama ini dilakukannya itu.

“Seorang cendekiawan memberitahu saya merokok itu haram kerana apabila seseorang itu merokok dia sebenarnya sedang memusnahkan dirinya sendiri.

“Kita semua tahu bahaya merokok jadi memang benarlah kita merosakkan tubuh kita.

“Tambahan pula, pakar perubatan mengatakan perokok sebenarnya sedang membunuh diri dengan perlahan,” ujarnya.

Bagaimanapun, ketika memutuskan untuk berhenti merokok, Mohammed Ameen sudah pun memasang niat yang besar.

“Ketika saya memutuskan untuk berhenti merokok saya juga berjanji untuk menggunakan wang perbelanjaan untuk rokok itu untuk melakukan penghijrahan spritual yang paling besar dalam hidup saya, iaitu mengerjakan haji,” kata Mohammed Ameen.

Kokain

Akuinya, sukar sekali untuknya berhenti merokok. Namun, Mohammed Ameen nekad bahawa ia bukan sesuatu yang mustahil untuk dilakukan walaupun adakalanya beliau sendiri berasa ragu-ragu usaha itu akan berhasil.

“Ia merupakan satu usaha yang paling sukar saya pernah lakukan dalam hidup saya kerana saya sangat seronok menghisap rokok, setiap batang yang pernah saya hisap.

“Jadi ketika berhenti merokok, ia amat sukar. Tetapi kerana saya sudah nekad dan sanggup mengharunginya, akhirnya saya berjaya juga.

“Selepas dua tahun, rasa mengidam untuk menghisap rokok sudah hilang tetapi keinginan itu masih ada. Keluarga saya juga sangat gembira apabila mereka tahu saya sudah berhenti merokok.

“Tak sangka saya berhabis sehingga RM14,991 untuk merokok dalam setahun!” luahnya.

Biarpun berat untuk ditanggung, Mohammed Ameen berasakan keputusan untuk berhenti merokok merupakan keputusan terbaik yang pernah dilakukan dalam hidupnya.

“Saya tahu pada bulan Ramadan ramai yang cepat-cepat merokok sebaik saja berbuka puasa. Tetapi kalau difikirkan sejenak, selepas menahan diri daripada merokok selama 18 jam kenapa tidak dilanjutkan tempoh itu sehingga 24 jam?

“Daripada menggunakan duit itu untuk melayan ketagihan seperti itu, lebih baik gunakannya untuk kebajikan.

“Ramai yang tidak sedar ada begitu banyak bahan kimia dalam sebatang rokok. Sejumlah 85 peratus daripada kes kanser paru-paru berlaku disebabkan tabiat merokok.


“Malah, bukan perokok saja yang menderita, orang di sekelilingnya juga menyedut toksin berbahaya ketika berada dekat dengan mereka,” kongsi Mohammed Ameen.

Pada hari ini, Mohammed Ameen sudah berada di bumi Mekah dan bersedia untuk mengerjakan haji.

Malah, Penasihat Kesihatan Berhenti Merokok NHS itu kini menggunakan pengalamannya itu untuk menasihati perokok tegar yang lain agar mempertimbangkan keputusan untuk berhenti merokok.

“Saya bermula sebagai sukarelawan di sini tetapi kemudian saya berasa saya boleh memberi nasihat kepada orang lain.

“Memanglah saya sendiri berhenti merokok secara mengejut tanpa menggunakan sebarang bentuk gantian namun saya harap orang lain akan menggunakan apa jua bentuk bantuan yang diperlukan untuk berhenti merokok.

“Pergilah dapatkan nasihat daripada pusat-pusat pemulihan berdekatan tempat tinggal anda. Saya sudah berjumpa ramai perokok yang gagal berhenti merokok kerana mereka tidak mempunyai sokongan yang berterusan,” pesannya. – Kosmo 19 november 2010


P/S ; kepada sahabat2 ku renung2kan dan selamat beramal..Kami sayang kamu...




Wednesday, November 17, 2010

Hari Raya Aidil Adha

17 november 2010

tarikh ni menjadi sejarah dalam hidup aku kerana buat pertama kalinya aku berjauhan dari keluarga dan menyambut AidilAdha tanpa keluarga tersayang.
namun aku jadikan ini sebagai satu pelajaran buat diri aku untuk lebih matang dan pandai berdikari.
sesungguhnya sangat2 rindu ngan Abah, Umie,Angah, Achik,Kakak dan Adik..

Tapi hari raya ni jadi gembira dan seronok sebab aku meraikannya bersama2 dengan sahabat2 yg sama2 berjuang di Penang..
aku berhari raya bersama

1) Farid
2) Tuan Idruss
3) Azuwan
4) Fahdlul
5) Zaki
6) Ariff
7) faiz

Terima kasih kepada kak Lia kerana sudi menjemput kami ke rumah mereka dan terima kasi kepada mak angkat aku di Kg Matahari Naik kerana sudi menerima kehadiran kami..


My 1st Day..

15 november 2010

This ismy 1st day bekerja..
sangat2 excited sampai terbangun awal plak..
permulaan bekerja yg sangat bagus dan berjalan dengan lancar.
ini adalah pengalaman pertama aku bekerja.
harap dapat pengalaman yg selama nie aku x dapat..
selamat bekerja jgk kepada kawan2 yg sama2 ada kat penang sekarang..hehe

Friday, November 12, 2010

...3.15...

sedar x sedar aku da kenal diorang hampir 1 1/2 tahun dah
da macam2 yang aku lalui bersama diorang..banyak pengalaman suka dan duka yg aku lalui dengan diorang.
diorang adalah kelopak hati aku..
aku xtau kenapa hati aku akan sedih ble terpikir yang kami akan berpisah jugak nnti..
terus terang aku cakap,aku rasa senang ble mereka ada dengan aku..

shafiq, apul,syam.apis,M.

tuan nak korg tau yg tuan sayang korang,
sangat2 sayang korang.walaupun mungkin sekarang kita xde banyak masa bersama mcm masa kat bilik 3.15 dulu, tapi kte masih lagi ambik berat ttg masing2 kan??




Shafiq Nasaruddin

shafiq,lepas ni kte mungkin da susah nak jumpa kan??.shafiq mesti busy ngan praktikal. Terima Kasih shafiq sebab selama ini shafiq banyak tolong org.org jugak nak mintak maaf sebab org selalu buat shafiq terasa hati.sebenarnya org xde niat nak buat mcm tu. Shafiq terima kasih sebab selama ni shafiq jadi seorang sahabat yg sangat dekat dengan org.shafiq slalu ada masa org perlukan bahu untuk bersandar.. org harap shafiq sentiasa happy... org harap persahabatan kte xkan putus setakat ni shj..








Azraful Azman..

apul.terima kasih sebab apul sangat baik ngan tuan. Apul bnyak bantu tuan.apul banyak bg nasihat kat tuan. Tuan suka ble tengok apul tersenyum sebab tuan tau ble apul senyum sememangnya senyuman tu ikhlas. tuan xtau nak cakap ape poi.sebab apoi terlalu baik ngan tuan.












Hisyam Azli

syam..x sangka kan kte akan jadi serapat ni..syam pun selalu tlg org..org xtau la syam,tapi org sangat selesa utuk kongsi masalah org ngn syam..kte dah janji nak grad same2 kan.??? cara syam banyak mengajar org secara x langsung.org jgk nak mintak maaf ngan syam klu selama ni syam ada terasa hati ngan org...org harap persahabatan kte akan kekal sampai bila2..










Hafiz Zaki

org sayang apis..
kte da lame x lepak same2 kan??ermm...apis pun da ada kehidupan sendiri kan..terima kasih apis sebab sudi pinjamkan telinga utk dengar setiap luahan org.org ingat lagi masa apis buat "lakonan" nak g Fast track tu..
masa tu sangat sdey apis tau.nak tau sebab ape??
sebab hubungan kte da macm adik beradik,org x dapat bayangkan klu apis betul2 pg masa tu.tp sekarang semua da lain.tapi kte kena terima ketentuan kan apis.?? walaupun sekarang apis da jrg jumpa org.tapi org tetap nak apis tau yg org sentiasa sayang apis....








Izham Zulkifli

M. semester ni kte da jarang jumpa kan..tapi xpe la M,org cuma harap M x ulangi kesilapan yg M pernah buat dulu. M mesti ingat kan ape yg kte da luahkan masa main "True or Dare" malam tu..hehe..M, pape pun buat yg terbaik k..org sayang M..





xtau knpe malam ni tetiba rasa rindu sangat dengan mereka2 ni...





Wednesday, November 10, 2010

Serapuh Arang...


S.A.H.A.B.A.T

perkataan ini amat bermakna dalam diri aku..

mungkin ada yang menggangap persahabatan itu hanyalah sementara, tapi bagi aku sekali aku bersahabat,selama2 nya dia adalah sahabat aku.
Tidak kira walau sejahat atau senakal mane pun sahabat itu,dia tetap menjadi sahabat yang tersemat dalam diri ini..

Sayangnya seseorang kpd sahabat hanya serapuh arang??

aku BENCI ngan ayat tu.
sebab bagi aku,sayangnya kita kpd sahabat adalah sekeras kerikil.

kawan2,
aku nak korang tau yang aku sangat2 sayang kat korang.


Ya Allah muliakanlah sahabatku yang sangat baik ini dengan izzah-Mu
Lindungi Mereka dari segala musibah dan mara bahaya dengan kekuatan-Mu
Mudahkanlah segala urusan kami dengan pertolongan-Mu
Kuatkan iman kami dengan kuasa-Mu
Ampuni kesalahan kami dengan ampunan-Mu
Berilah kami kesabaran dengan janji-Mu
Jagalah lisan kami dengan kebenaran-Mu

Terangi wajah kami dengan cahaya-Mu
Takutkan kami dengan pedihnya adzab-Mu

Tinggikan darjatnya kami kesempurnaan-Mu




Saturday, November 6, 2010

" Dia "

aiiiii [sigh]
mengenali "dia" secara kebetulan memberi aku satu ruang untuk aku rasa sangat bahagia dan gembira.
walaupun aku dan "dia" jarang2 bertemu tapi bila bertemu aku rasa sangat hepi..
mungkin "dia" ada perangai yang sedikit pelik tapi kadang2 "peliknya" tu ada jugak gunanya..hehehe
xtau knpe tiba2 aku teringat kat "dia" malam ni.
mungkin sebab da lame x jumpa atau sebab aku rindu ngan lawak "bodoh" yang kadang2 buat aku gelak sorang2..
pape pun aku mmg sayang "dia" ....





Wednesday, November 3, 2010

sehari yang seronok...

03 november 2010

sekali lagi aku keluar ngan geng2 suksis UiTMPP...
walaupun sebelum ni aku x sangka aku akan berkawan dengan diorang.tapi bak kata orang
"x kenal maka x cinta"

tapi ni bukan kes cinta atau x..hahaha

perjalanan yang mengambil masa hampir 2 jam sungguh memenatkan..hehehe
tapi dengan hati yang excited nak mandi,rasanya x sabar nak sampai..konvoi 3 buah keta kot dan sememangnya farid la yang lead walaupun dia x tau jalan.

Ketua Projek kali ni still lagi Abang Long (hazri Raziff)..

da sampai2 semua macam agak dissapointed la sebab tempatnya "indah khabar dari rupa"..tapi sebab da alang2 sampai,mandi jgk la.hampir 10 minit gak cari tempat yg strategik nak mandi..

tapi ble da cecah air mmg nak beku kot..sejuk gle..walaupun aku mmg suka berenang tapi kat situ x boleh nak berenang sebab banyak batu yang menghalang dan arus yang "suam2 kuku" derasnya..

dalam lebih kurang kol 4 ++ semua da surrender dah..masing2 da gigil..haha..
kteorang siap2 then solat la kat surau sedim tu..walaupun surau tu agak "serr" (ayat zaki)..

yg paling best masa photoshoot..diorang punya la seni sampai keta pun nak kena arrange mcm "Auto Show" la konon..hahaha

dalam perjalanan balik semua da bawak haluan masing2 dan sememangnya keta kami yg 1st la..
farid bawak laju gle.habis semua keta dia potong.Nasib baik dia x potong lori..haha

setakat tu la cter aku untuk hari ni..enjoy la ngan korang..
thank kat farid sebab ajak n thank gak kat Azuwan sebab tanya tuan ikut ke tak... :-)







Monday, November 1, 2010

unexpected surprises


warghh....
sangat2 terkejut bile asraf masuk bilik...

"abg Tuan jom keluar jalan2 ngan diorang"

"sape diorang tu??"

"ala.kak cha,kak shaz ngan abg faris,diorang g makan tadi.Abg tuan siap2 la jap lagi diorang sampai.diorang g solat jap."

rupa2nya kak cha datang penang x bgtau..ishk3..x patut betul...
dengan hati yang berbelah bagi sebab lusa tu exam,siap2 jgk la nak kuar sebab da lama x jmpa kak cha kan. hehe (padahal x study pun..hehehe)

dalam keta tuan senyap je sebab "segan" ngan kakak kak cha.
kak shaz ngan kak cha panggil dia "ngangah"..tuan naik keta kak shaz
faris,awe n asraf naik keta misz nurul huda (x sangka misz pun join..hehehe)







banyak tempat jgk la kami singgah.semuanya atas bantuan "tourist guide" yang sangat berkaliber iaitu
kak shaz..hehehe

dari padang kota kami ke masjid ape ntah namanya..ngangah teruja ble tengok kat kuburan tu batu nisan ada warna warni..punya la dia gelak2..hahaha

"ko pernah tgk tuan batu nisan warna warni?? xpernah kan??haha.."
"tengok tu ada warna gold"hahaha


"diorang cat batu nisan ikut tema raya la akak"haha

punya la tergelak besar kami dalam keta..

banyak pengalaman menarik hari tu..

yang paling best ble ngangah kena tipu..hahaha
satu istilah baru telah tercipta
"Anaconda = karipap"

enjoy the day..harap dapat merasainya dengan kakak2 tersayang dan seronok dapat kenal
ngangah@ Asmaa' Razzak....



inilah ngangah....