Friday, July 31, 2009

...n!lai k@sih seoraNg IBU...




Ini adalah mengenai nilai kasih ibu…

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.

Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

Tolong pergi kedai $4.00

Tolong jaga adik $4.00

Tolong buang sampah $1.00

Tolong kemas bilik $2.00

Tolong siram bunga $3.00

Tolong sapu sampah $3.00

Jumlah : $17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA

Kos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA

Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA

Kos kerungsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA

Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu – PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,”Saya Sayangkan Ibu”.

Kemudian si anak mengambil pen dan menulis ‘Telah Dibayar’ pada mukasurat yang ditulisnya.

................









"...ya Allah,aku ingin berjaya bukanlah kerana aku ingin takbur kepadaMu tetapi aku ingin membuktikan kebesaranMu bahawa kau selalu bersama orang-orang yang berusaha,bersabar,dan bertawakal. Ya Allah, jika bukan kau yang memberikan keluargaku ketabahan selama ini ,kami akan jauh dariMu. Dalam kemiskinan duniawi kami telah menghidupkan keluarga kami dengan kasih sayang, ketenangan dan keharmonian.Tamaknya aku Ya Allah, kerana terus bermohon padaMu supaya kau kekal memberikan kami nikmat. Aku ingin membahagiakan ibubapa.guru-guru,teman-teman dan umat islam atas kejayaanku. Ya Allah Ya Tuhanku, perkenankanlah hajatku..."


adapted...

Friday, July 24, 2009

...sAtU kEriNdUaN....



bintang malam ........
katakan padanya
aku ingin melukis sinarmu di hatinya..........
embun pagi.......

katakan padanya biar kudakap erat waktu dingin membelenggunya taukah engkau....
wahai langit aku ingin bertemu membelai wajahnya..
kan kupasang hiasan angkasa yang terindah hanya untuk dirinya puisi rindu ini kuciptakan hanya untuk dirinya yang tersayang walau hanya agak sederhana izinkan kuungkap segenap rasa dan kerinduanku.......



Kini, hatiku tergores kesedihan
Ketika terucap salam perpisahan
Walau air mataku tak berlinang
Bukan bererti suatu kerelaan
Saat-saat langkah terhayun
Jarak kita pun semakin membentang
Akankah semuanya jadi kenangan
Atau hanyut dipukul gelombang
Bahkan mungkin terkubur oleh waktu dan keadaan

sebak, dalam hatiku ini
Akan tetap membekas suatu kenangan
Kau sungguh baik, lagakmu santun,gayamu menarik hati
gelak tawamu menyenangkan aku
Siapapun mengenalmu pasti akan merindu
Namun untukku, janganlah kau biarkan
Aku terkulai lemas dalam kehampaan
Kerana rasa rinduku yang tidak kau harapkan.......

tinta becerita....
-iesz-

...PERSAHABATAN ITU INDAH....

Mampukah Persahabatan tanpa Cinta? Mampukah Cinta tanpa Persahabatan? Sering kali ditemui banyak orang yang cuba memisahkan Persahabatan dan Cinta kerana mereka berfikir, "Kalau Persahabatan sudah disulami dengan Cinta, pasti akan jadi sulit!" Terutama bagi mereka yang menjalin persahabatan antara lelaki dan wanita. Persahabatan merupakan bentuk hubungan yang indah antara manusia, dimana Cinta hadir untuk memberikan senyumnya dan mewarnai Persahabatan. Tanpa Cinta, Persahabatan mungkin akan diisi dengan Kecewa, Benci, Marah dan berbagai hal yang membuat Persahabatan tidak lagi indah.

Berhentilah membuat batas antara Cinta dan Persahabatan, biarkan mereka tetap menjadi Teman baik. Yang harus diluruskan adalah Cinta bukanlah perosak Persahabatan, Cinta memperindah persahabatan anda. Seringkali Cinta cuma dijadikan kambing hitam sebagai perosak sebuah persahabatan. SALAH BESAR !!! Seharusnya dengan adanya Cinta, persahabatan akan semakin menyenangkan.

Teman-teman yang sedang menjalin Persahabatan...Penuhilah persahabatanmu dengan Cinta, berikanlah Cinta yang terbaik untuk sahabatmu.

Teman-teman yang sedang mengalami goncangan dalam persahabatan, jangan salahkan Cinta! tetapi cubalah perbaiki persahabatanmu dengan cinta kerana cinta akan menutupi segala kesalahan, mengampuni dengan mudah dan membuat segala sesuatu yang tidak mungkin menjadi mungkin.

Teman-teman yang belum mengerti erti Persahabatan ...cubalah memulai sebuah persahabatan, kerana dengan persahabatan kalian akan semakin dewasa, tidak egois dan belajar untuk mengerti, bahwa segala sesuatu tidak selalu terjadi sesuai dengan keinginan kita.

Teman-teman yang sedang kecewa dengan Persahabatan ... Renungkanlah, "Apakah saya sudah menjalani Persahabatan dengan benar?" Dan cubalah memahami erti persahabatan buat hidupmu.Keinginan, semangat, pengertian, kematangan, kelemahlembutan dan segala hal yang baik akan engkau temui dalam persahabatan...

PMMS ' S BBQ






ni adalah BBQ yang sangat best...BBQ ni diadakan sempena kejayaan kami sebagai Pembantu Minggu Mesra Siswa Sesi Jul-Nov 09.ni adalah 1st time tuan join PMMS. begitu x sangka yg program in sangat best.program ni jgk la yang memperkenalkan tuan dengan ramai orang..tuan dapat kenal banyak gelagat PM tu sendiri dan gelagat mahasiswa baru (MB) yang mmg banyak kerenah..malam BBQ tu berjalan dengan baik sekali dan tuan tetiba begitu excited..hahahaa...

buat pertama kalinya tuan memasak..hahaha...

jangan x percaya tuan masak spaghetti..walaupun setakat tolong angkat je tp itu adalah pengalaman..hehehehe...tp satu perkara yang paling best adalah penubuhan
GENTLE CLUB..kelab ni mmg gempak habis ar..hahaha

lastly tuan harap semua PM sem ni join lagi utk sem depan.semoga memori yang kita cipta ini akan terus mekar dan x kan layu dengan arus duniawi..

senior tuan ada berkata ''pengalaman tidak boleh dicipta, tetapi perlu dilalui "

H1N1 di UiTM...

memang gempak ar bila berita tergempar ni tersebar kan...
sampai hari ni smua UiTM seluruh malaysia cuti..
ni smua gara-gara "cluster of influenza like illness"
hahaha...
sangat melucukan..

gara-gara.''influenza like illness'' jugak la tuan blh dengar dan baca macam2 ungkapan yang menarik...hehehe...
antaranya....,
''selamat menyambut hari kuarantin.maaf zahir & batin''
" H1N1 membabi di UiTM "
dan mcm2 lagi la..
xleh blah betul...
tp yang menghairankan kenapa UiTM sahaja yang 'terkena' wabak ni???...
amat menghairankan la....
tuan pun dok terpikir gak....
tp yang paling x best cuti tu la..
huhuhuhu...
knpe sampai 2 ogos...
dah sah2 cuti raya kena tarik.....
nak raya lama2....
mcmne nak kutip duit raya klu raya cuti kejap je....huhuhuhu