Thursday, January 20, 2011

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PERSATUAN/ KELAB 2010 UiTM PULAU PINANG.

bahang debaran untuk Majlis Anugerah ni semakin terasa.
semua urusetia berhempas pulas bagi melakukan yg terbaik buat kali ni..
1st time plak Tuan jadi floor Manager..
agak cuak gak la..mcm2 nak kena pk dan mcm2 nak kena tau..
tapi nasib baik ada kawan2 yang banyak memmbantu dan berikan semanagt..
kami buat semua nui untuk bantu Puan Salina dan Kak Lia yang selama ni banyak sangat tolong kteorang...
Doa2kan semoga Majlis ini nnti berjalan dengan lancar..
InsyaAllah...





Friday, December 31, 2010

- - - - - 2011- - - - -

selamat menyambut tahun baru kpd semua kawan2 seperjuangan.
berakhirnya tahun 2010
dengan pelbagai memori yg sangat indah dan mmg sukar utk org lupakan.
mungkin tahun 2011
akan menjadi satu titik tolak permulaan baru dalan lipatan kisah hidup org..
bukan bermaksud kisah lama akan tinggal menjadi sejarah
dan tidak penting untuk hari mendatang
tapi org nak tinggalkan ia sebagai satu moment yg xkan berulang untuk kedua kalinya...




Tuesday, December 21, 2010

| My day |

21st DECEMBER 2010

hari ni hari yg sangat bahagia bagi tuan. walaupun da dua tahun x sempat celebrate ngan family tapi tuan bersyukur sebab masih ada yang ingat tarikh yg menjadi titik tolak hidup tuan. Tuan nak ucapkan terima kasih sangat2 kepada semua kawan2 yang sudi "wish" kat tuan samada melalui Facebook,message ataupun secara lisan..
Terima kasih jgk kepada puan salina dan kak lia yang membuat kejutan pada pagi itu dengan


cheesecake..

sangat2 sedap.. hehehee

Terima kasih jgk kepada Apoi, syam n Apis yang sentiasa ingat birthday tuan...

Sekilas Kejutan dari Kak Lia dan Puan salina..


potong Kek la konon..Hehehe

juadah sampingan..Breakfast Kami..

Ermm..Sedapnya..hahaha

Entah macmne tetiba dia ada..hahaha..izwan2..

Tuesday, December 7, 2010

your special day

08 December 2010


Selamat Hari lahir yang ke 20 kepada saudara Faiz Aliasrudin
dan
Selamat Hari Lahir yang ke 18 kepada saudara Adli..






Thursday, November 18, 2010


KETAGIHAN merokok ibarat membunuh diri secara perlahan-lahan.


BERHENTILAH merokok. Simpan duit itu untuk buat kebaikan,” pesan Mohammad Ameen, 30, bekas perokok tegar yang mula merokok sejak belasan tahun lagi itu.

Lelaki yang berasal dari England Utara itu pernah membelanjakan sehingga RM30 sehari untuk menampung kos ketagihannya itu.

Namun, pada bulan Ramadan 2008, beliau memutuskan untuk berhenti sepenuhnya menghisap 25 batang rokok sehari yang selama ini dilakukannya itu.

“Seorang cendekiawan memberitahu saya merokok itu haram kerana apabila seseorang itu merokok dia sebenarnya sedang memusnahkan dirinya sendiri.

“Kita semua tahu bahaya merokok jadi memang benarlah kita merosakkan tubuh kita.

“Tambahan pula, pakar perubatan mengatakan perokok sebenarnya sedang membunuh diri dengan perlahan,” ujarnya.

Bagaimanapun, ketika memutuskan untuk berhenti merokok, Mohammed Ameen sudah pun memasang niat yang besar.

“Ketika saya memutuskan untuk berhenti merokok saya juga berjanji untuk menggunakan wang perbelanjaan untuk rokok itu untuk melakukan penghijrahan spritual yang paling besar dalam hidup saya, iaitu mengerjakan haji,” kata Mohammed Ameen.

Kokain

Akuinya, sukar sekali untuknya berhenti merokok. Namun, Mohammed Ameen nekad bahawa ia bukan sesuatu yang mustahil untuk dilakukan walaupun adakalanya beliau sendiri berasa ragu-ragu usaha itu akan berhasil.

“Ia merupakan satu usaha yang paling sukar saya pernah lakukan dalam hidup saya kerana saya sangat seronok menghisap rokok, setiap batang yang pernah saya hisap.

“Jadi ketika berhenti merokok, ia amat sukar. Tetapi kerana saya sudah nekad dan sanggup mengharunginya, akhirnya saya berjaya juga.

“Selepas dua tahun, rasa mengidam untuk menghisap rokok sudah hilang tetapi keinginan itu masih ada. Keluarga saya juga sangat gembira apabila mereka tahu saya sudah berhenti merokok.

“Tak sangka saya berhabis sehingga RM14,991 untuk merokok dalam setahun!” luahnya.

Biarpun berat untuk ditanggung, Mohammed Ameen berasakan keputusan untuk berhenti merokok merupakan keputusan terbaik yang pernah dilakukan dalam hidupnya.

“Saya tahu pada bulan Ramadan ramai yang cepat-cepat merokok sebaik saja berbuka puasa. Tetapi kalau difikirkan sejenak, selepas menahan diri daripada merokok selama 18 jam kenapa tidak dilanjutkan tempoh itu sehingga 24 jam?

“Daripada menggunakan duit itu untuk melayan ketagihan seperti itu, lebih baik gunakannya untuk kebajikan.

“Ramai yang tidak sedar ada begitu banyak bahan kimia dalam sebatang rokok. Sejumlah 85 peratus daripada kes kanser paru-paru berlaku disebabkan tabiat merokok.


“Malah, bukan perokok saja yang menderita, orang di sekelilingnya juga menyedut toksin berbahaya ketika berada dekat dengan mereka,” kongsi Mohammed Ameen.

Pada hari ini, Mohammed Ameen sudah berada di bumi Mekah dan bersedia untuk mengerjakan haji.

Malah, Penasihat Kesihatan Berhenti Merokok NHS itu kini menggunakan pengalamannya itu untuk menasihati perokok tegar yang lain agar mempertimbangkan keputusan untuk berhenti merokok.

“Saya bermula sebagai sukarelawan di sini tetapi kemudian saya berasa saya boleh memberi nasihat kepada orang lain.

“Memanglah saya sendiri berhenti merokok secara mengejut tanpa menggunakan sebarang bentuk gantian namun saya harap orang lain akan menggunakan apa jua bentuk bantuan yang diperlukan untuk berhenti merokok.

“Pergilah dapatkan nasihat daripada pusat-pusat pemulihan berdekatan tempat tinggal anda. Saya sudah berjumpa ramai perokok yang gagal berhenti merokok kerana mereka tidak mempunyai sokongan yang berterusan,” pesannya. – Kosmo 19 november 2010


P/S ; kepada sahabat2 ku renung2kan dan selamat beramal..Kami sayang kamu...




Wednesday, November 17, 2010

Hari Raya Aidil Adha

17 november 2010

tarikh ni menjadi sejarah dalam hidup aku kerana buat pertama kalinya aku berjauhan dari keluarga dan menyambut AidilAdha tanpa keluarga tersayang.
namun aku jadikan ini sebagai satu pelajaran buat diri aku untuk lebih matang dan pandai berdikari.
sesungguhnya sangat2 rindu ngan Abah, Umie,Angah, Achik,Kakak dan Adik..

Tapi hari raya ni jadi gembira dan seronok sebab aku meraikannya bersama2 dengan sahabat2 yg sama2 berjuang di Penang..
aku berhari raya bersama

1) Farid
2) Tuan Idruss
3) Azuwan
4) Fahdlul
5) Zaki
6) Ariff
7) faiz

Terima kasih kepada kak Lia kerana sudi menjemput kami ke rumah mereka dan terima kasi kepada mak angkat aku di Kg Matahari Naik kerana sudi menerima kehadiran kami..


My 1st Day..

15 november 2010

This ismy 1st day bekerja..
sangat2 excited sampai terbangun awal plak..
permulaan bekerja yg sangat bagus dan berjalan dengan lancar.
ini adalah pengalaman pertama aku bekerja.
harap dapat pengalaman yg selama nie aku x dapat..
selamat bekerja jgk kepada kawan2 yg sama2 ada kat penang sekarang..hehe