Thursday, April 12, 2012

Mata Dan Air Mata


Menangislah wahai mata,
kerana itu adalah tugasmu,
Menangislah wahai mata,

kerana itulah kamu diciptakan,

Mata,

kau banyak berjasa padaku,
titisan air mata ini sentiasa mengalir deras bila hatiku tersentuh,
menemani aku disaat kesedihan,
kesepian,
dan air mata ini menjadi saksi aku dan Yang Maha Besar,
ketikaku sujud menyembah pada Yang Esa.

Mata,

terima kasih kerana mata ini sentiasa mengajar aku erti sabar,
sabar untuk menahan gegaran hati,
yang hampir mengugat keimananku.


Mata,

aku tahu pasti kau letih untuk menangis,
dan kadangkala hampir kering air matamu untuk mengalir,
maafkan aku mata,
aku bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan memberi keinsafan padaku,
tentang nikmat yang amat berharga ini,
kerana jika tiada mata bagaimana hendak aku melepaskan amarah pada diri ini?

Menangislah wahai mata,
seandainya diri ini masih memerlukanmu,
selagi rasa syahdu terus meratapi,
selagi Allah meminjamkan padaku,
selagi aku masih hidup di muka bumi ini.

Thursday, March 8, 2012

"Buku Baru..Hidup Baru"

BACHELOR OF ENGINEERING (HONS) ELECTRONIC (COMMUNICATION)
UiTM SHAH ALAM
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
===> 2/3/2012 (4.00 pm)
BACHELOR OF ENGINEERING (HONS) ELECTRICAL
UiTM PULAU PINANG...

Rasa x dapat digambarkan dengan kata2 ape yg bermain di fikiran masa tu...
Terkejut, Gembira, Takut, Resah, semua ada..Mcm2 ada..

Tapi....

Aku telah pasangkan azam untuk mulakan buku baru bila sambung degree...

Mula2 aku mmg x pasti dengan keputusan aku...

"..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (Al-Baqarah:216)...

terima kasih sangat2 kepada mirul atas nasihat ni..masa tu aku dah tetap dengan decision aku untuk teruskan ape yg ada...

Dalam hati aku letakkan "walau kat mana aku belajar,walau course ape aku belajar.Aku tetap KEBANGAAN Umie dan Abah...

Khas Untuk Umie dan Abah..

"Along Hadiahkan Ini untuk umie dengan abah..umie ngan abah doakan semoga along mampu untuk lalui semua ni. Along x dapat nak bg hadiah mahal2..hanya ini yg along dapat bagi buat masa sekarang..Along harap umie ngan abah gembira dengan keputusan along..Along SAYANG Umie dengan Abah sangat2"

Tuesday, January 17, 2012

....semakin yakin....

Dan hati ini tidak mampu menidakkan rasa cinta,
Cinta yang semakin mendalami diri dan jiwa,
Ku tak bisa memejamkan rasa,
Saat ia nyata makin membara,
Membelah setiap pancaindera dan deria,
Hingga aku lemas dalam kemelutnya.

Tuhan..

Andai penantian ini ada jawapannya,
Pujuklah hati ini untuk setia dijalan yang KAU redha,
Hadirkan ketenangan agar tidak terkandas dalam kabus cinta,
Berikan pedoman agar rindu itu berpada-pada,
Iringilah Maluku berserta iman di dada,
Agar rasa kasih ini tidak mencalarkan maruah diri yang dijaga.

Tapi jika qada’ dan qadar itu mengatakan sebaliknya,
Kurniai aku kekuatan untuk melaluinya,
Palingkanlah cinta ini untuk yang selayaknya,
Kerana aku insan yang tiada daya,
Maka bantulah aku melupakannya,
Jika itu takdirNYA..

Allah..

Andai masih ada rindu,
Kupohon hilangkanlah ia dari hatiku,
Kerana ketidakpastian itu mengganggu,
Perasaan ini mengecewakan insan yang menunggu,
Aku tidak rela terusan terbelenggu,
Dalam pencarian permata berharga milikMU..

Ameen.



Sumber : PUISI - MASIH ADA RINDU : ILUVISLAM

Friday, January 6, 2012

keliru..

alamak...
org da maikn keliru dah sekarang..terasa sayang plak nak tinggal kan UiTM Penang..
Result untuk sambung degree dah dekat2 nak kuar..tapi kepala masih berat berfikir...
sayang nak tinggalkan kenangan di penang bersama-sama keluarga IKRAM...dengan Unit Aktiviti..dengan staff2 PJI..dengan semua2 la yg baik dan memahami org....


p/s : Somebody plis help me !!!

keliru..

Wednesday, December 21, 2011

♥ Kasih Sayang................... ♥

Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada gurunya. Ketika itu, guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar : Cikgu!, Macamana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai seorang yang paling kita sayang?. Macam mana juga nak bagi kasih sayang itu berkekalan?.

Cikgu : Oh, kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Apabila sudah petik yang PALING cantik, kamu bawa ia ke kelas.

Beberapa minit kemudian, pelajar tersebut kembali ke kelas tanpa membawa rumput walaupun sehelai di tangannya. Cikgu bertanya :

Cikgu : Kenapa tiada rumput yang kamu pilih?.

Pelajar : Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang PALING cantik. Memang terdapat banyak rumput yang cantik tapi saya teringat pesanan cikgu supaya mencari rumput yang PALING cantik, maka saya pun terus berjalan mencari rumput yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi apabila sampai dipenghujung padang, tiada pun rumput yang cantik kelihatan. Mungkin ada diantara rumput yang cantik dibelakang tadi tapi dah cikgu cakap jangan menoleh kebelakang semula, jadi tiada lah rumput yang saya pilih.

Cikgu : Ha!, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita sudah menemui seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada didepan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang, itulah yang PALING cantik. Walaupun nak ikutkan banyak lagi yang paling cantik dan baik seperti rumput tadi..

HARGAILAH SETIAP ANUGERAH YANG DIBERI DAN JANGAN MENSIA-SIAKANNYA..

♥ IKRAM LOVE U ALL ♥ (^_^)..

Thank You my "dia"..

hari ni hari lahir aku yg ke 2_...hehehe..(xnak bgtau)...
tahun ni sekali lagi aku celebrate di penang...
juz nak ucapkan terima kasih kat "dia" untuk kejutan yg tak disangka..
Really happy...walaupun jauh tapi tu x jadi masalah kan??