Ya Allah..jadikan Ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan sebelumnya...Kau kukuhkan Imanku Ya Allah...Kau permudahkan setiap urusan ku Ya Allah pemilik setiap yang ada di langit dan di bumi...
Life is the fire that burns and the sun that gives light. Life is the wind and the rain and the thunder in the sky. Life is matter and is earth, what is and what is not, and what beyond is in Eternity
Tuesday, July 9, 2013
Saturday, July 6, 2013
Rindu Walid...
Speechless..time flies...dah menghampiri hujung sem..aku tinggal satu paper final je lagi..
Perasaan bercampur baur..ada gembira..ada sedih...i will be missed my walid for this 2 month..
Happy because sy pon akan balik kampung for ramadhan..Ya Allah..jadikan ramadhan ini sebagai ramadhan aku yang paling bermakna..aku sujud menyembahMu Ya Ilahi...
Anyway...take care my walid...
Tuesday, June 11, 2013
Kami Istimewa
Ini lah kami..budak2 nakal yang sentiasa menjadi sebutan setiap lecture...
Tapi korang mmg terbaik guys..korg sentiasa bersama walaupun kdg2 ada yg ditimpa kesusahan..
Kita akan kekal bersama dan akan bersama-sama mengengam ijazah kita..
"Kita berjuang di medan yang sama,kita berjalan di laluan yang sama,tetapi pilihan senjata tetap menjadi rahsia diri sendiri..."
Wednesday, April 24, 2013
Cuti - Cuti Penang Midterm Break..=)
Wehuuu...
Cuti ni x balik kelantan sebab nak balik utk PRU 13 nanti..
So berjalan2 la kami di penang..
Lots of memories..walaupun hanya kami ber6 tapi cukup seronok..
Kepada "awak"..maaf sebab x ajak..sape sruh balik balik..hahaha
Seharian berjimba membuat aku x terasa kehilangan sesiapa..benar kata pepatah..."yang patah akan tumbuh,yang hilang akan berganti"..aku syukur sgt sebab dapat kawan2 yg faham aku..tapi yg tumbuh tu pasti x sama dgn yang patah..
P/s : saya akan sayang awak sampai ble2 walaupun awak bukan milik saya..dan kawan2 sy ni akan jadi kekuatan sy untuk terus kuat..=)
Saturday, April 13, 2013
Astro Fiesta Mesra Belia 2013
Perghh...penat kot..tetiba kena jadi "Duta" UiTM la konon..
Fiesta ni diadakan selama 3 hari bermula 13-15 April 2013..mmg penat tapi berbaloi sebab saya dapat menjalankan tanggungjawab sebagai mahasiswa uitm dengan mendekati masyarakat setempat..macam2 ragam manusia saya dapat lihat..
Ada yang diantara mereka berminat untuk melanjutkan pelajaran tapi tidak ada peluang..melalui pendekatan "turun padang" mcm ni kita dapat memberikan mereka peluang melalui program ilham ayahanda dato sero NC kita "Program Mengubah Destini Anak Bangsa"..
Alhamdulillah sambutan dari masyarakat setempat agak mengalakkan dan diharapkan mereka2 yang tidak berpeluang sebelum ini mendapat satu nafas baru melalui program MDAB ini
UiTM Sentiasa DiHatiku ♡♥
Friday, April 12, 2013
New Lesson..New Life..
Aku banyak belajar perkara baru...banyak perkara yang mengajar aku untuk lebih matang..terima kasih sahabat2 yang bersama mencipta memori indah dalam perjalanan hidup saya..
Friday, December 7, 2012
Bingkisan Doa
Tuesday, August 14, 2012
25 Ramadhan 1433 H
walaupun mereka jauh dari aku sekarang..aku tetap akan SAYANG mereka sampai bila2..
dan aku harap mereka pun sama...:-)
....Best Friend Forever...
Tuesday, July 24, 2012
Ramadhan Al Mubarak 1433H
Monday, April 16, 2012
Tuan Mohamad Izzad Azmie
Thursday, April 12, 2012
Mata Dan Air Mata
Thursday, March 8, 2012
"Buku Baru..Hidup Baru"
UiTM SHAH ALAM
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
===> 2/3/2012 (4.00 pm)
BACHELOR OF ENGINEERING (HONS) ELECTRICAL
UiTM PULAU PINANG...
Rasa x dapat digambarkan dengan kata2 ape yg bermain di fikiran masa tu...
Terkejut, Gembira, Takut, Resah, semua ada..Mcm2 ada..
Tapi....
Aku telah pasangkan azam untuk mulakan buku baru bila sambung degree...
Mula2 aku mmg x pasti dengan keputusan aku...
"..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (Al-Baqarah:216)...
terima kasih sangat2 kepada mirul atas nasihat ni..masa tu aku dah tetap dengan decision aku untuk teruskan ape yg ada...
Dalam hati aku letakkan "walau kat mana aku belajar,walau course ape aku belajar.Aku tetap KEBANGAAN Umie dan Abah...
Khas Untuk Umie dan Abah..
"Along Hadiahkan Ini untuk umie dengan abah..umie ngan abah doakan semoga along mampu untuk lalui semua ni. Along x dapat nak bg hadiah mahal2..hanya ini yg along dapat bagi buat masa sekarang..Along harap umie ngan abah gembira dengan keputusan along..Along SAYANG Umie dengan Abah sangat2"
Tuesday, January 17, 2012
....semakin yakin....
Cinta yang semakin mendalami diri dan jiwa,
Ku tak bisa memejamkan rasa,
Saat ia nyata makin membara,
Membelah setiap pancaindera dan deria,
Hingga aku lemas dalam kemelutnya.
Tuhan..
Andai penantian ini ada jawapannya,
Pujuklah hati ini untuk setia dijalan yang KAU redha,
Hadirkan ketenangan agar tidak terkandas dalam kabus cinta,
Berikan pedoman agar rindu itu berpada-pada,
Iringilah Maluku berserta iman di dada,
Agar rasa kasih ini tidak mencalarkan maruah diri yang dijaga.
Tapi jika qada’ dan qadar itu mengatakan sebaliknya,
Kurniai aku kekuatan untuk melaluinya,
Palingkanlah cinta ini untuk yang selayaknya,
Kerana aku insan yang tiada daya,
Maka bantulah aku melupakannya,
Jika itu takdirNYA..
Allah..
Andai masih ada rindu,
Kupohon hilangkanlah ia dari hatiku,
Kerana ketidakpastian itu mengganggu,
Perasaan ini mengecewakan insan yang menunggu,
Aku tidak rela terusan terbelenggu,
Dalam pencarian permata berharga milikMU..
Ameen.
Sumber : PUISI - MASIH ADA RINDU : ILUVISLAM
Friday, January 6, 2012
keliru..
org da maikn keliru dah sekarang..terasa sayang plak nak tinggal kan UiTM Penang..
Result untuk sambung degree dah dekat2 nak kuar..tapi kepala masih berat berfikir...
sayang nak tinggalkan kenangan di penang bersama-sama keluarga IKRAM...dengan Unit Aktiviti..dengan staff2 PJI..dengan semua2 la yg baik dan memahami org....
p/s : Somebody plis help me !!!
Wednesday, December 21, 2011
♥ Kasih Sayang................... ♥
Pelajar : Cikgu!, Macamana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai seorang yang paling kita sayang?. Macam mana juga nak bagi kasih sayang itu berkekalan?.
Cikgu : Oh, kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Apabila sudah petik yang PALING cantik, kamu bawa ia ke kelas.
Beberapa minit kemudian, pelajar tersebut kembali ke kelas tanpa membawa rumput walaupun sehelai di tangannya. Cikgu bertanya :
Cikgu : Kenapa tiada rumput yang kamu pilih?.
Pelajar : Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang PALING cantik. Memang terdapat banyak rumput yang cantik tapi saya teringat pesanan cikgu supaya mencari rumput yang PALING cantik, maka saya pun terus berjalan mencari rumput yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi apabila sampai dipenghujung padang, tiada pun rumput yang cantik kelihatan. Mungkin ada diantara rumput yang cantik dibelakang tadi tapi dah cikgu cakap jangan menoleh kebelakang semula, jadi tiada lah rumput yang saya pilih.
Cikgu : Ha!, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita sudah menemui seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada didepan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi. Dan ingatlah orang yang paling kita sayang, itulah yang PALING cantik. Walaupun nak ikutkan banyak lagi yang paling cantik dan baik seperti rumput tadi..
HARGAILAH SETIAP ANUGERAH YANG DIBERI DAN JANGAN MENSIA-SIAKANNYA..
♥ IKRAM LOVE U ALL ♥ (^_^)..
Thank You my "dia"..
tahun ni sekali lagi aku celebrate di penang...
juz nak ucapkan terima kasih kat "dia" untuk kejutan yg tak disangka..
Really happy...walaupun jauh tapi tu x jadi masalah kan??
Monday, November 28, 2011
"Tour De Engineering 3"
Sunday, November 20, 2011
Tinggalkan Pakaian Noda

Dengarkanlah. Dengarkanlah suara hatiku ini.
Bukanlah niat hati untuk mencari perang atau meminta simpati. Cuma hati ini terlalu bimbang melihat keadaanmu dewasa ini. Saban hari bertambah parah.
Hati manakah yang tidak sayu melihatmu begitu andai empunya diri ini jua memiliki kakak dan adik yang sejiwa denganmu. Jiwa yang begitu halus. Tempat yang bersarang naluri keibuan.
"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai (perintah) Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (At-Tahrim : 6)
Pakaian adalah lambang keperibadian akhlak. Setuju? Lantas apakah yang mendorong engkau masih memakai pakaian ahli maksiat? Kelak kerana pakaian itu engkau akan dihumban ke neraka!
Aku tahu, jauh di sudut hatimu, ingin benar kau menjadi muslimah yang solehah. Ia tersemat kukuh. Kerana itulah fitrah. Fitrah yang suci. Fitrah yang indah.
"Hadapkanlah wajahmu dengan lurus pada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (ar-Rum:30)
Sungguh indah fitrah itu. Madu iman meyelaputinya.
Kembalilah kepada fitrah Islam, pasti engkau dapat merasai manisnya madu iman itu. Ya, amat manis. Tapi ia hanyalah dikhaskan kepada yang benar-benar berusaha untuk mendapatkannya. Aku tahu, untuk kembali kepada fitrah itu terlalu banyak besi halangan dan paku keperitan. Benarlah sabda Nabi Muhammad saw :
"Neraka itu dikelilingi oleh kesenangan, dan syurga itu dikelilingi oleh kesukaran." (HR Bukhari dan Muslim)
Namun tiada alasan untuk kita tidak kembali membersihkan segala noda dan titik hitam dalam hati andai kita benar-benar inginkan. Hendak seribu daya.
Terkadang aku pelik. Tudungmu sudah elok, menutup segala rambutmu. Namun jelek dan pelik bila engkau pakaikan baju yang berlengan pendek. Lagi malang baju adikmu yang kau sarungkan pada badanmu. Bila ditanya, inilah fesyen terkini jawabnya. Namun aku cabar jawapan ini lah yang akan engkau berikan di hadapan Allah nanti. Adakah masih diberi kekuatan untuk menuturkannya sedemikian rupa?
Mengertilah. Aurat itu bukan hanya terletak pada rambut. Namun pada seluruh anggotamu kecuali tapak tangan dan mukamu. Aku yakin engkau sudah tahu cuma tidak mahu mengerti. Mengapa begini? Bukankah kau ingin kembali kepada fitrah?
"Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka." (Surah al-Nur: 31)
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah)Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Ahzab : 59)
Terkadang aku terdengar kau merungut. Merungut kerana auratmu terlalu berat berbanding aurat lelaki bagimu. Usah begitu. Sebaliknya kau harus berbangga kerana engkau adalah ibarat permata yang tidak ternilai harganya. Lantas kerana itulah engkau dijaga rapi tanpa calar.
Apakah kau tidak melihat wanita barat yang hilang ketamadunan dan maruah serta malu angkara tidak dijaga oleh agama mereka. Mereka umpama batu hitam penuh debu di jalanan yang boleh dikutip dan dibuang sesuka hati. Aku pasti engkau tidak mahu begitu.
"Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah." (HR. Muslim, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)
Thursday, November 10, 2011

Kegelisahan, kedukaan dan air mata adalah sebahagian daripada sketsa hidup dan kehidupan kita sekalian hamba di dunia ini. Titisan air mata yang bermuara dari hati dan berselaputkan kegelisahan jiwa terkadang memilukan hingga mencipta keresahan dan kebimbangan. Kedukaan kerana kerinduan yang teramat sangat dalamnya menyebabkan kepedihan yang menyesakkan ruang dada. Jiwa yang rapuh pun mengadu, berkeluh-kesah pada alam serta isinya, bertanya di manakah pasangan jiwa berada. Lalu hati mencipta serpihan kegelisahan, bagai anak kecil yang kehilangan ibunya.
Keinginan bertemu pasangan jiwa, bukankah itu sebuah fitrah seorang hamba? Semua itu hadir tanpa disedari sebelumnya hingga tanpa sedar telah menjadi sebahagian hidup yang tidak boleh dipisahkan lagi. Letih... Sungguh letih jiwa raga. Sendiri mengayuh biduk kecil dengan rasa hampa tanpa tahu adakah belahan jiwa di luar sana? Alahai... kehidupan manusia bukan hanya untuk dunia fana ini sahaja kerana masih ada akhirat yang kekal abadi. Memang, setiap manusia telah diciptakan berpasangan, namun tak hanya dibatasi oleh dunia fana ini sahaja. Seseorang yang belum menemui pasangan jiwanya, Insyaallah akan dipertemukan suatu hari nanti.
Keresahan dan kegelisahan janganlah sampai mengubah pandangan kepada Pemilik Cinta. Berserahlah kepada Maha Pemurah. Kembalikan segala urusan hanya kepadanya, kerana Dia Maha Memberi dan Maha Pengasih. Ikhtiar, munajat serta untaian doa tiada habis-habisnya dicurahkan kepada Pemilik Hati. Tak usah membandingkan diri dengan orang lain kerana Dia pasti memberikan yang terbaik untuk setiap hamba-Nya, meskipun adakalanya kita sekalian hamba tidak menyedarinya.
Usahlah dirimu bersedih lalu menangis di penghujung malam kerana tak kunjung usai memikirkan siapa kiranya pasangan jiwa. Menangislah kerana air mata permohonan kepada-Nya di setiap sujud dan keheningan pekat malam. Jadikan hidup ini penuh dengan harapan yang baik kepada Pemilik Jiwa. Bersiap menghadapi putaran waktu hingga setiap gerak langkah serta helaan nafas bernilai ibadah kepada Maha Pencipta. Bukankah kalau sudah saatnya tiba, jodoh tidak akan lari ke mana kerana sejak roh telah menyatu dengan jasad, siapa belahan jiwamu telah tersurat.
Sabarlah, bukankah mentari akan selalu menghiasi pagi dan malam senantiasa indah dengan sinar lembut rembulan dipagar bintang. Senyum dan hapuskanlah air matamu serta hilangkanlah lara di jiwa. Terimalah semua sebagai sebahagian kembara kehidupan yang akan menemui rahsia di sebalik titian kehidupan yang kau jalani. Hingga, kelak kau akan rasakan tidak ada lagi riak kegelisahan dan keresahan saat bersendirian.












